Saturday 4 June 2011

misteri kematian bekas ADUN.....


ASSALAMUALAIKUM......kalai nie ak nak kongsikan tentang misteri kematian bekas ADUN......sebelum tue korang baca dulu ringkasan berita nie...........


SUNGAI BULOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, ditemui mati dalam keadaan misteri dengan kesan tembakan di kepala, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dijumpai terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Dua tembakan dikesan di sebelah kanan kepala Siti Rohana, manakala satu tembakan pula di kanan kepala Abdul Aziz.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.

Beliau berkata, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dipandu bekas ADUN itu.

“Mengikut beberapa saksi, kenderaan itu yang dalam perjalanan menghala ke Utara, hanya dinaiki kedua-dua mangsa dan terbabas ke lorong kanan sebelum merempuh penghadang lebuh raya di sebelah kanan,” katanya ketika dihubungi.
Khalid berkata, pemeriksaan mendapati tembakan itu dilepaskan dari dalam kereta kerana tiada kesan kenderaan itu ditembak dari luar, sebaliknya hanya remuk di bahagian depan akibat merempuh penghadang lebuh raya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat....

  Aku turut mngikut pekembangan kes nie semasa berlakunya kes nie........wlaupn tak da bukti ngan saksi......sebenarnya kes nie menarik minat ak......ramai yg mengatakan kes ini kes bunuh dan bunuh diri....tapi ada beberapa benda yg menyebabkan ak berfikir panjang....contohnya dakwaan datuk abdul aziz membunuh pembantunya lalu menembak dirinya......ak agak sangsi dengan dakwaan ini......sebab korang cuba tengok gambar ini.....


perasan tak pistol yg berada dekat tangan kiri datuk tu....?????kata laporan....kesan tembakan di kepala datuk berada pada bahagian kanan......ini mustahil bagi dia nak tembak mengunakan tangan kiri kepala nya sendiri......betul ...????????
kat sini aku buat satu teori sendiri.....brdasarkan pengamatan ak nie.....KEMUNGKINAN seseorang telah menghampiri kereta mangsa....dan datuk mengenali suspek......datuk membuka cermin kereta....secara spontan nya pembantunya cuba melihat wajah suspek gak......dan suspek melepaskan tembakan terkena kepala pembantu datuk dulu......sbb pa ak kata kepala pembantu datuk yg di tembak dahulu...????lihat gambar nie.....
kepala datuk di atas kepala pembantunya......ini bermakana kepala pembantunya yg jatuh dulu.....betul...???selepas pembantunya ditembak....datuk cuba mengambil pistolnya yg diletakkan berhampiran gear tue.....kebiasaan org yg mmbawa brang seperti pistol....misti tak selesa bla nak letak celah baju msa duduk dalam keta...seperti datuk la...dia meletakkan pistolnya di kawasan gerar tue.....semasa dia mencapai pistolnya mngunakan tngan kiri......suspek terlebih dahulu menembak datuk lalu meninggalkan kereta datuk...... oleh kerana hilang kawalan...kereta datuk terbabas.....kerana terbabas....berlaku sdikit ganguan akibat perlangaran tue mnyebabkan tingkap secara automatik tertutup sendiri tanpa sengaja......



lagi satu....kesan pelanggaran tu tidak berapa teruk bahagian kanan kereta...kat sini pon kita dapat rumuskan kemungkinan kereta yg dibawa dalam kelajuan yg sederhana.....cengkaman tangan kanan datuk di stereng tue mnyebabkan kereta membelok ke kanan dan melangar penghadang jalan......sbb tangan kiri digunakan utk memegang pistol......ak tak tau la apa pandangan korang tentang kes nie..........nie cuma teori ak jew.....sekian 

3 comments:

  1. As Salam,

    kes yg agak misteri..tp,da selesai ngan betul ke kes ni atau ditutup?
    knapa dorg jd mangsa yer?mesti ada sesuatu nih,..

    ReplyDelete
  2. itu msih mnjid persoalan walau kes ini di tutup.....tetapi misteri ini akan trus mnghatui jika tdak dibongkari......huhu

    ReplyDelete
  3. bab cermin tertutup sendiri tu xmsk akal la..cermin rosak selalu open bkn tertutup.dan kalau org lain nak jenguk mcm susah sebab jalan highway..mana boleh tahan ikut suka.tp kalau ada org ke3 dlm tu mgkin logik.

    ReplyDelete