Kesimpulan pasukan 10 penyiasat diketuai bekas ketua polis Lord John Stevens tidak mengejutkan tetapi sudah dijangkakan. Laporan siasatan bernilai £3.7 juta (RM25.9 juta) yang sepatutnya dipercayai, disokong dan diiktiraf sebaliknya disambut rungutan, baik di internet atau menerusi media dalam dan luar negara.
Pada masa sama, bagi kerabat diraja Britain khususnya keluarga Diana, mereka berharap laporan itu memadamkan terus isu kematian puteri yang lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan.
Malah, sejurus selepas pengumuman rasmi laporan itu, putera kesayangan Diana, Putera William dan Putera Harry merayu agar semua pihak menghormati hasil siasatan berkenaan.
Hakikat di luar tembok tebal istana tertulis sebaliknya. Hasil siasatan itu bukan saja gagal menjadi titik noktah, malah menghebatkan tiupan teori konspirasi yang antara lainnya mendakwa Diana dibunuh kerana hamilkan anak Dodi yang juga seorang Muslim - sesuatu yang pasti mengaibkan kerabat diraja yang disegani dunia. Dalang pembunuhannya pula didakwa kalangan anggota perisik Britain dan juga bekas suaminya, Charles.
Namun, laporan polis Britain itu, sama seperti kesimpulan polis Perancis yang dibuat sejurus selepas nahas berkenaan menyangkal semuanya. Ia mentakrifkan kematian Diana dan Dodi akibat tindakan pemandu mereka, Henri Paul memandu dalam keadaan mabuk.
Ujian darah mengesahkan catatan alkohol dalam badan Paul adalah dua kali lebih tinggi daripada had. Dia memandu terlalu laju iaitu antara 61-63 batu sejam apabila melanggar tembok di dalam terowong Pont d扐lma. Malah, Diana, Dodi dan Paul sendiri juga tidak mengenakan tali pinggang keledar.
Kesimpulan lain termasuk menyangkal dakwaan bapa Dodi, hartawan Arab Mohammed Al-Fayed yang Diana dan anaknya itu bakal bertunang dan sudah pun memilih cincin. Siasatan polis memetik kenyataan William dan rakan Diana, Annabel Goldsmith sebagai berkata, mereka tidak tahu menahu mengenai rancangan sedemikian.
Pihak Scotland Yard itu turut menafikan Diana hamil, berdasarkan ujian ke atas contoh darahnya yang diambil daripada bangkai kereta nahas berkenaan. Mereka juga tidak menemui bukti pembabitan kerabat diraja, khususnya Charles serta tangan ghaib pihak perisikan MI5 dalam pembunuhan Diana seperti didakwa Al-Fayed. Polis turut menafikan pembabitan perisikan asing termasuk intipan perisikan Amerika Syarikat ke atas Diana.
Teori lain yang ditolak adalah mengenai kewujudan kereta Fiat putih yang didakwa melanggar kereta Diana serta cahaya terang yang dilihat dalam terowong sebelum nahas.
Namun buat kesekian kalinya, teori berkenaan gagal dikuburkan bersama Diana yang sudah pun bersemadi hampir 10 tahun lalu. Buktinya, hasil tinjauan pendapat Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) menunjukkan rumusan siasatan polis itu gagal memuaskan hati orang ramai yang sebaliknya terus mahukan jawapan sebenar siapakah pembunuh puteri kesayangan mereka itu.
Tinjauan beberapa hari lalu yang dibuat sejurus selepas tersiarnya laporan awal hasil siasatan berkenaan mendapati 31 peratus responden ternyata yakin nahas itu bukan satu kemalangan, 22 peratus lain turut meraguinya manakala 43 peratus lain bersetuju puncanya adalah kemalangan.
Banyak lagi persoalan yang timbul daripada hasil siasatan yang diumumkan itu,� kata Mike Rudin, penerbit program khas BBC The Conspiracy Files yang disiarkan stesen berkenaan pada malam 10 Disember lalu.
Dalangan mereka yang masih berpegang kepada teori konspirasi itu masih membangkitkan persoalan seperti cara siasatan di tempat kejadian dan maklumat forensik. Kegagalan dua aspek itu dalam siasatan awal itulah yang mencetuskan teori konspirasi berkenaan.�
Malah, belum pun sempat penyiasat terbabit menarik nafas lega kerana dapat meringankan bebanan hasil pembentangan siasatan itu, mereka kini berdepan kemungkinan diseret ke mahkamah terbuka.
Ini berikutan kemenangan Al-Fayed minggu lalu mendapatkan hak perundangan untuk memastikan perbicaraan siasatan kes Diana dan anaknya dapat dibuat di sebuah mahkamah terbuka atau dalam erti kata lain menjadi tatapan umum.
Laporan yang disiarkan akhbar The Independent itu memetik bekas hakim, Butler Sloss, yang mengetuai siasatan itu, mengubah semula keputusan yang pernah dibuatnya.
Dia memberi alasan minat umum yang mendalam terhadap kematian Diana menyebabkan beliau memutuskan supaya perbicaraan dijalankan secara terbuka.
Dan sudah semestinya Al-Fayed, penggerak utama teori konspirasi itu menyambut keputusan mahkamah itu dengan hati terbuka.
Saya tidak mungkin bertolak ansur terhadap sebarang cubaan untuk mengetepikan kebenaran. Masyarakat umum dan saya sendiri mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana anak lelaki saya dan Diana terbunuh,� katanya yang turut menyifatkan hasil siasatan Operation Paget itu sebagai sampah.
Seperti juga harapan Al-Fayed, peminat Diana turut mahukan keadilan buat puteri itu. Malangnya, inkues mengenai kematian Diana juga belum berlaku biarpun tahun depan genap sedekad kematiannya.
Tarikhnya juga tidak diketahui bila dengan alasan penangguhannya disebabkan siasatan awal penyiasat Perancis, siasatan polis Britain serta prosiding mahkamah yang dituntut Al-Fayed.
Setakat ini, laporan menyatakan sebutan awal kes itu dibuat Januari depan biarpun timbul persoalan lain mengenai sistem jurinya. Dan apakah inkues Dodi dan Diana dibuat secara berasingan? Jawapannya, hanya masa yang menentukannya.
Apa yang pasti, hasil siasatan polis Britain itu tidak mungkin menguburkan teori konspirasi malah menghangatkan lagi teka teki kematian Diana.
Bukan saja Britain, malah dunia kini tertumpu kepada sejauh manakah perbicaraan terbuka yang dituntut Al-Fayed dapat menjadi realiti.
Atau mungkinkah, ia dipatahkan Tangan ghaib� yang mahukan supaya kematian puteri kesayangan seantero dunia itu dikekalkan sebagai misteri buat selama-lamanyagsi tentang kematian seorg tokoh terkenal....
Hahhh...dari cerita nie apa yang korang bleh fikir...???1-apa yg ak fikirkan kat sini pertama sekali pasal pemandu yang mabuk tue......korang rasa takkan Puteri Diana ngan kekasih dia tak perasan kot pemandu tue mabuk dah kalau tinggi sangat kandungan alkohol tue....klu dah tinggi sangat...misti nampak punya seseorang tue mabuk....??
2-kenapa pihak lain tak dibenarkan mencampuri urusan mereka dalam menyiasat...???
3-sepanjang perjalanan kenderaan mereka.....takkan tak mempunyai sebarang selekoh lain dan kenapa semasa di dalam terowong jugak yg nak jadi kemalangan...????
4-ada org kata the driver mlm tu mabuk. The driver is not Diana's/Dodi's personal driver tapi pekerja Hotel Ritz. Tetapi bila disoal pada kakitangan kat hotel Ritz semua kata driver tu ada alcohol tolerance yg tinggi dan malam tu dia cuma minum 3 gelas shj, x mungkin dia mabuk.....
4-ada org kata the driver mlm tu mabuk. The driver is not Diana's/Dodi's personal driver tapi pekerja Hotel Ritz. Tetapi bila disoal pada kakitangan kat hotel Ritz semua kata driver tu ada alcohol tolerance yg tinggi dan malam tu dia cuma minum 3 gelas shj, x mungkin dia mabuk.....
5-Dlm CCTV ada menunjukkan yg dia mengimbangkan sebelah badan sewaktu mengikat kasut, yg mana dipertikaikan, kalau dia mabuk mungkin dia tak mampu nak buat sedemikian......
6-Dlm CCTV juga ada nampak dia melambai kepada paparazi memberi isyarat yg mereka akan keluar ikut pintu belakang sebelum dia bwk Diana.....
mungkin kerana mereka takut yang puteri diana akan berkahwin dengan org beragama islam....????
konspirasi yang tak terjawab hingga hari ini...
ReplyDeletetapi,mungkin itu sebabnya..tak nak puteri Diana kawin ngan Dodi,seorang muslim.
yuppp....itu la yg sy rasa gak.....
ReplyDelete